BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 13, 2010

pesanan buat manusia yang sering lupa =)

Apabila seseorang tak dapat memimpin dirinya sendiriMaka tak dapat pula ia memimpin orang lain
Sebagiian besar gadis-gadis lebih suka kelihatan cantik daripada cerdik,Sebab sebagian besar kaum lelaki lebih pandai melihat daripada berfikir
Memperoleh kenangan lantaran bertambah seorang sahabatLebih berharga daripada kemenangan mendapat cinta dari seorang wanita
Jika kamu ingin sukses, maka sukseskanlah orang lain dahulu
Semua orang menginginkan ketentraman, tetapi ketentraman sesungguhnya yaitu melaksanakan ibadah kepadaNya
Jika akal pikiran sudah menutupi mata hati maka nafsulah yang berkuasa atas dirinya
Berkata-kata tidaklah cukupDengan perbuatan itu lebih baik=)

muhammad al-fateh =)

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Mimpi Farouq:2012


Farouq baru sahaja terbangun dari mimpi yang mengkagumkan. Dia bingkas bangun dari katilnya dan menuju ke meja tulis. Mimpinya jelas. Selagi dia masih dapat merasakan yang seperti itu, maka wajarlah dia mencurahkan segala-galanya ke atas kertas. Lalu dia pun mula menulis.... bayangkan ini:

Kamu berada dalam satu kelompok manusia. Dan kamu semua sedang berkhemah. Ya, berkhemah. Terpulanglah, perkhemahan itu mungkin di tengah-tengah padang pasir, dalam hutan belantara ataupun di sebuah tempat yang penuh salji. Unggun api dinyalakan di merata tempat. Malam itu tenang, dan bintang-bintang bergemerlapan di angkasa.

Dawud Wharnsby, Yusuf Islam, dan Zain Bikha (atau Sami Yusuf, jika anda mahu) sedang menyanyikan lagu-lagu pembakar semangat kalian. Nouman Ali Khan kemudiannya membentangkan kepada kalian ayat-ayat Al-Quran,kitab mukjizat yang telah kalian semua hafalkan elok-elok. Lalu hati kalian menjadi bertambah yakin, keimanan pun tertancap kukuh.

Perhatian kamu teralih pula kepada tiga figura, yang masing-masing bergilir-gilir dengan suara yang lantang menerangkan sesuatu. Kamu dapat mendengar suara mereka, walaupun antara mereka dan kamu ada ratusan barisan manusia lain yang turut mendengar dengan penuh perhatian apa yang ingin disampaikan oleh tiga figura itu.

Kamu mengira, suara tiga figura yang lantang itu mampu sahaja didengar lagi ratusan baris ke belakang, walaupun itu bukanlah suatu perkara yang logik untuk zaman yang lepas. Tiga figura itu, kamu memang kenal benar mereka. Hamza Yusuf, Zaid Shakir dan seorang pakcik yang pakar sejarah, Tareq Suwaidan. Apa yang mereka cakapkan tidak ada bezanya seperti apa yang Hassan Al-Banna, Sayid Qutb dan Al-Maududi akan katakan, jika mereka masih hidup.

Mereka ingin mengajak kamu semua kembali kepada Allah, kepada Rasul, Muhammad s.a.w. dan kepada Al-Quran yang kamu pegang itu. Antara kata-kata mereka yang terus terlekat dalam hati kamu :

"If our faith is strong, and if our ethics and moral are uncompromising, we will impact on the times that we live in and not be moved along blindly by the spirit, and the movements and currents of those very times."

"The adaab of loooking at this creation is to see the creator behind the creation. Don't see any other than Allah s.w.t. He is fa'alullima yurid. He is Al-Khaliq. He is Ar-Raziq. He is Al-Bari'. He is Al-Jabbar. He is Al-Mu'izz. He is Al-Muzill. He is Al-Muhyi. He is Al-Mumit."

"If u take a stand, Allah will give you strength. And if Allah is standing with you, no one can stand against you."

"People, do love each other for the sake of Allah, they come together from many different tribes and people and clans, from many different lands....to remember Allah s.w.t."

Barisan itu terdiri dari pelbagai jenis manusia, ada di antara mereka yang tak pernah terlintas pun pada fikiran kamu, yang kamu akan berpeluang bertemu dengan mereka. Mengamati warna kulit, kamu dapati ada warna putih, hitam, sawo matang, kuning langsat dan merah. Mata mereka berwarna biru, hijau, coklat, kelabu, perang dan hazel.

Pandangan mereka semuanya tertumpu kepada tiga figura itu. Untuk zaman yang lepas, kamu mengenali mereka dan memanggil mereka berdasarkan tanah kelahiran mereka seperti Afrika, Zimbabwe, Iraq, Iran, Malaysia, Indonesia, Kanada, Jepun, China, India dan juga kadang-kadang melalui bangsa mereka Cina, India, Melayu, Arab, Asli, negro, Red Indians tetapi tidak lagi untuk ketika ini.

Kamu memanggil mereka dengan nama gelaran baik-baik yang melambangkan kekuatan, menggambarkan betapa besarnya jiwa mereka, yang kamu dan rakan-rakan kamu berikan kepada mereka seperti Singa Padang Pasir, Pedang Langit, Harimau Belang dan Bigfoot Negara Salji dan banyak lagi nama-nama lain yang gah maknanya.

Musuh-musuh kamu tertanya-tanya,

"Mampukah kelompok kecil kamu ini memusnahkan kami dan taghut?"

Kamu memang faham benar apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh taghut. Kamu pun teringat kata-kata saudara kamu Harun Yahya, yang menceritakan kepada kamu tentang Freemason, Knights Templar. Nama-nama pertubuhan rahsia dunia seperti Illuminati, Skulls and Bones sudah tidak asing lagi buat kamu.


Inilah sebabnya mengapa kamu tak boleh kalah dalam perjuangan ini. Kamu mewakili manusia untuk memerangi tipu daya dan kejahatan dunia. Di tangan kamulah terletak makna sebenar kemanusiaan, bukannya di tangan orang lain yang semata-mata berdalilkan liberalisme, rasionalisme yang hakikatnya juga berasal dari taghut itu sendiri.

"Sejak bilakah bilangan ramai itu melambangkan kekuatan buat kami kaum muslimin? Sekalipun bilangan kami kecil, kami sama sekali tidak lemah!"

Kamu yakin benar dengan kata-kata Tuhan dalam Al-Quran:

"....padahal kekuatan itu hanya bagi Allah, Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui"
(QS Al-Munafiqun 69:8)

Serta-merta kamu pun teringat akan isteri, anak-anak kamu yang masih kecil, ibu bapa kamu yang tua dan adik-adik kamu yang sedang berada di kampung halaman.

Kamu pun teringat firman Tuhan yang berbunyi :

"Dan mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau !".
(QS An-Nisa' 4:75)


Air mata kamu menitis, tapi cepat-cepat diseka kembali. Yang pastinya, bukan kamu seorang sahaja yang sedang mengalami perasaan seperti itu. Perasaan yang sama juga turut dirasai oleh setiap manusia yang sedang berada bersama-sama dengan kamu ketika itu. Kelompok manusia itu pun bersurai.

Mereka kembali ke khemah masing-masing, sementara ada yang berjaga untuk mengawal keselamatan kamu semua, saudara mereka sendiri. Sementara yang berada di dalam khemah, mereka pun tidur. Ada yang tidak tidur, tapi terus bangun mendirikan solat malam. Setelah beberapa waktu, mereka yang tidur tadinya itu, bangun dan turut mendirikan solat malam. Sekiranya kamu berada di langit ketika itu, pasti kamu pun akan mendengar suara-suara mereka berbisik dalam doa mereka.

***

Pagi itu, hening. Seperti yang diarahkan oleh panglima perang, kamu semua akan pergi menggempur musuh, berdasarkan strategi yang telah dirancang. Tak ada siapa pun yang sedar bahawa dalam kalangan kamu ada pahlawan-pahlawan seperti Al-Baraa bin Malik Al-Anshari yang sanggup jarinya tinggal tulang demi menyelamatkan saudaranya dari cangkuk panas Kebun Maut tentera Parsi.

Seperti Usamah bin Zaid yang tetap berkeras untuk turut berjuang walaupun ketika itu dia masih kecil dan seperti Abdullah Al-Jahsy Al-Asady yang sebelum pergi berperang dia telah berdoa kepada Allah agar ditemukan dengan musuh ganas lagi buas yang kemudiannya akan memotong hidung dan telinganya agar kelak dia boleh menjadikan hidung dan telinganya itu sebagai saksi di hadapan Tuhan.
Atau mungkin ada antara kamu yang buta seperti Abdullah bin Ummu Makhtum tapi tetap pergi berperang?

Tak siapa pun yang tahu, lebih-lebih lagi kamu yang hanya percaya ini semua adalah angan-angan dan imaginasi, dan tak berani berbuat apa-apa pun. Farouq berhenti menulis. Perasaannya bercampur-baur dan kata-kata pun tidak dapat menggambarkannya. Ia tak semudah seperti menyatakan sedih bercampur marah, gembira dan bimbang serentak.

Hakikatnya, dalam hati yang berkecamuk itu wujud ujub, bimbang, sedih, takut, dan marah. Farouq mengerti itu. Yang namanya manusia, makhluk kompleks lagi unik ciptaan Tuhan, siapakah yang dapat mengatakan seseorang itu terlepas dari kesemua perasaan itu? Bukannya Farouq tak sedar bahawa apa yang ditulisnya itu kadang-kadang mampu terus menikam hati nuraninya sendiri, dan mungkin, orang lain.

Namun Farouq memutuskan untuk tidak menunjukkan kepada sesiapa pun apa yang ditulisnya. Lalu tidak ada sesiapa pun yang mampu memberikan justifikasi yang tepat akan tindakan Farouq. Alam hanya mampu mengatakan,

"Alangkah baiknya jika apa yang ditulisnya itu disebarkan ke serata dunia dan angkasa. Ah, kalaulah segala-galanya jadi kenyataan.”